Pada suatu malam 3 ekor pontianak sedang bertenggek di
atas pokok sambil bergaduh tentang kehebatan
masing-masing. Ketiga-tiga mengaku diri mereka hebat.
Untuk menentukan siapa paling hebat, mereka pun cuba
membuktikan kehebatan masing-masing.
Pontianak A terbang dengan sepantas kilat. 15 saat
kemudian balik semula ke pokok tersebut. Kelihatan ada
kesan-kesan darah di sekitar gigi Pontianak A.
Pontianak A : Kau orang nampak rumah tu?
Pontianak B : Nampak!
Pontianak C : Nampak!
Pontianak A : Satu rumah tu habis aku kerjakan.
Pontianak B pula terbang lebih pantas dari Pontianak
A. 10 saat kemudian balik semula ke pokok tersebeut.
Kelihatan ada darah bukan setakat pada gigi, malah
pada keseluruhan mulut pontianak tersebut.
Pontianak B : Kau orang nampak kampung tu?
Pontianak A : Nampak!
Pontianak C : Nampak!
Pontianak B : Habis satu kampung tu aku kerjakan.
Sejurus lepas itu Pontianak C pula terbang lebih
pantas dari Pontianak A dan B. Dalam masa 5 saat je
dia kembali ke pokok tersebut. Kelihatan darah
mengalir-ngalir bukan sahaja pada mulut, malah pada
keseluruhan muka pontianak tersebut.
Pontianak C : Kau orang nampak tembok kat hujung sana
tu?
Pontianak A : Nampak!
Pontianak B : Nampak!
PontianakC : Err... tadi aku tak nampak...
MORAL OF THE STORY: Jangan suka merayau malam..!!
No comments:
Post a Comment